KHASIAT BAYAM , KADOK , SUKUN , PISANG , MALBERRY & UBI KAYU

  DAUN BAYAM
BAYAM ADALAH SALAH SATU DARIPADA SAYURAN YANG MENJADI PILIHAN IBU BAPA KERANA MEREKA MEMPERCAYAI KHASIAT YANG ADA PADA SAYURAN INI. SEBENARNYA, BAYAM ATAU NAMA BOTANINYA SPINACIA OLERACEA, INI BUKAN SAHAJA BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK TETAPI BERKHASIAT BUAT SEMUA

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya tterdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Bayam Penambah darah

Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangafolat.

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayam. Namun begitu  tetap perlu mendapat nasihat pengetahuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari.

 DAUN KADOK

Berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum.

Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada, sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging.

Ia digunakan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan kepada resepi nasi ulam, pucuk tempoyak, perut ikan, beberapa jenis laksa, dan otak-otak Pulau Pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah – cuma masukkan beberapa keping daun ke dalam sup ayam atau sup tulang, dah taburkan sedikit lada hitam apabila dihidang.

Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

KHASIAT DAUN KADUK

Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.

Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas…

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan

Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid.

Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Daun kaduk – buang angin dalam badan

Anda juga boleh mencuba mengambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar pokok kaduk ini. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan menghilangkan asma.Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula,anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, ia juga berupaya mengurangkan sakit tersebut.

Bagi sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki,anda boleh mengambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda. Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum. la juga boleh merawat masalah usus dan mengeluarkan angin dalam perut. Ambil daunnya dan gosok pada bahagian yang mengalami kesakitan seperti pada kulit.

Anda juga boleh makan daun kaduk ini bersama nasi dan ia berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut. Ambil beberapa helai daun kaduk dan panaskannya. Kemudian tampal pada bahagian dada untuk menghilangkan sakit dada.

Jika anda menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan ubat minum, ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.

 SUKUN

Ramai antara kita yang tidak mengetahui bahawa buah sukun mempunyai pelbagai khasiat selain hanya dimakan sebagai kuih.

Berikut adalah khasiat sukun:

-Daun sukun yang diramas bersama air hingga mengeluarkan lendir dapat
mengurangkan sakit kepala.Caranya ialah dengan memupuk lendir tadi di bahagian
dahi.

-Air rebusan buah sukun muda dapat mengurangkan batuk.

-Air rebusan sukun masak dapat mengubati sakit asma dan hempedu.

-Getah pada kulit pokok sukun digunakan sebagai getah untuk menampal kebocoran
pada kapal, dan digunakan dalam proses membuat gula-gula getah.

  PISANG

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.

DAUN MALBERRY

Mulberry adalah sejenis buah yang rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.

Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Namun setakat ini puteri masih tidak tahu tentang keberkesanannya sebab masih belum mencubanya. Tetapi dah ramai jiran-jiran puteri yang telah mencubanya dan mengikut kata mereka ianya memang mujarab.

 UBI KAYU
  Ubi kayu mampu mengubati pendarahan

Ubi kayu atau nama botaninya manihot ezculenta crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi. Ðaunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.

Pokok ubi kayu berasal dari Brazil, Amerika Selatan. Tumbuhan ini seterusnya tersebar ke Asia pada awal abad ke 17 dibawa oleh pedagang Sepanyol dari Mexico ke Filipina. Ubi kayu termasuk dalam keluarga euphorbiaceae. Ðikenali juga sebagai ubi benggala, ubi belanda, cassava (Inggeris), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China) dan củ sắn atau khoai mì (Vietnam) merupakan tumbuhan dari jenis pokok renek.

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 9 hingga 12 bulan.

Batangnya pula berkayu sama ada bercabang atau tidak, kulit batang berwarna coklat atau kelabu serta kasar kerana banyak parut tangkai daun. Kulit batang ubi kayu mengandungi tanin, enzim, peroksidae, glikosida dan kalsium oksalat.

Akar pokok ubi kayu mengembung kerana menyimpan makanan. Ubinya pula berbentuk tirus, silinder, bulat, kecil, sederhana atau sangat besar. Isinya pula berwarna putih. Kuning atau sedikit merah dan menjadi keras apabila tua. Ubi ini terjadi dari bekas pangkal tangkai daun. Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji. Walau bagaimanapun, akar dan ubinya mengandungi banyak glukosid sianogenik sehingga tahap berbahaya dan di dalam ubi sahaja bervariasi antara sepuluh hingga 490 mg/kg.

Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala lai daun jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak mengandungi protein, banyak karotena dan vitamin C.

2 Komen

2 thoughts on “KHASIAT BAYAM , KADOK , SUKUN , PISANG , MALBERRY & UBI KAYU

  1. makasinya atas informasinya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: